
Sulit
4 tahun
Keluar cecair berdarah selepas bersama dengan suami
Sy wanita berumur 34 thn dan telah berkahwin selama satu tahun lebih. Setiap kali selepas bersama dengan suami akan ada keluar cecair berdarah.Untuk pengetahuan doktor, saya telah melakukan ujian pap smear pada november 2019 dan keputusan adalah negatif. Adakah cecair berdarah itu normal atau apa patut saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadap iaitu pendarahan faraj selepas berhubungan intim bersama suami.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh dua perkara, iaitu kedatangan haid, ataupun pendarahan Postcoital Bleeding , iaitu berdarah khususnya selepas melakukan hubungan seks. Postcoital bleeding ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Kecederaan pada vagina atau serviks
- Vagina kering atau tidak cukup pelincir ketika melakukan seks.
- Jangkitan kuman atau virus
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Kanser serviks
- Keradangan pada vagina atau serviks (akan disertai dengan sakit bawah perut dan keputihan aneh).
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Sekiranya anda mengalami pendarahan selepas bersama suami secara khususnya, maka ia mungkin disebabkan oleh iritasi pada vagina atau serviks akibat kegiatan seks yang ganas ataupun disebabkan oleh kurang pelincir semula jadi yang dirembeskan dari lubang faraj ketika hubungan seks. Oleh itu, kami sarankan anda untuk mencuba penggunaan pelincir khusus untuk bersama suami yang boleh didapati di farmasai berdekatan. Jika perkara ini tidak berkenaan atau perkara ini pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda kerana ia boleh disebabkan oleh penyakit rahim yang perlu disiasat lebih lanjut.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.