
Sulit
4 tahun
Keluar cecair berwarna coklat pada waktu bukan period saya. Rasa menyucuk pada bahagian rahim sebelah kanan
Hai, saya wanita berkahwin tiada anak berumur 27 tahun. Period saya tak datang2 selama 8 bulan dan doctor ada bagi pil mercilon dan period saya datang. Selama dua bulan saya makan pil tersebut. Sekarang saya dah x makan sebab saya nak hamil. Sepatutnya haid saya akan datang pada hujung bulan 2. Last period saya pada 28 Jan - 5 Feb. 12,13,14 feb ada keluar cecair berwarna coklat, dan rahim sebelah kanan saya ada rasa menyucuk. Saya dah buat ujian kehamilan dan result saya negetif. Jadi macam mana ya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah berwarna coklat yang keluar dari faraj boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.