
Sulit
5 tahun
Keluar cecair coklat selepas period
Hi…doctor, sy berusia 30 tahun dan baru mendirikan rumahtangga selama 4 bulan. Baru² ni sy datang period dan setelah seminggu habis period sy lihat ada cairan seakan darah pada mulanya dan kemudian menjadi kecoklatan. Tetapi tidaklah banyak sekadar setitik dan masuk hari ini telah 4 hari berlaku perkara sedemikian. Simptom² yg sy rasa adalah seperti sedikit senak di bawah perut dan kadang² seperti sakit pinggang sama seperti sewaktu kedatangan haid. Sy ada cek upt dan keputusannya negatif. Adakah gejala ini normal dan adakah sy masih boleh bersama suami?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah berwarna coklat yang keluar dari faraj boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.