
Sulit
4 tahun
Keluar cecair dari hidung ,adakah normal?
saya wanita berusia 21 , saya dilahirkan dengan cleft soft palate , semasa bayi saya dah buat pembedahan palate tapi sekarang sy perasan kalau makan makanan berkuah atau minum air dalam keadaan kepala agak menunduk ,saya dapati ada cecair keluar dari hidung ,adakah itu normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Rongga hidung dan mulut mempunyai laluan yang sama dibelakang mulut dan tekak yang digelar “oro-naso-pharynx” dan ini adalah anatomi yang semua orang ada. Apabila seseorang minum cecair seperti sup atau air ketika menunduk, cecair tidak dapat turun kedalam tekak dan ke perut lalu akan memasuki laluan “oro-naso-pharynx” ini ke atas dan memasuki hidung dari laluan belakang. Hal ini akan menyebabkan cecair tersebut keluar melalui hidung. Ia bukanlah sebab anomali “cleft soft palate” yang anda punyai akan tetapi fenomena biasa yang boleh terjadi pada semua orang. Sekian.