
Sulit
4 tahun
Keluar cecair dari puting payudara
Saya wanita berumur 22tahun saya perasan ada cecair bercampur darah apabila saya menekan puting payudara saya tapi dalam kuantit sedikit, saya search google banyak yang saya baca itu tanda kanser payudara, saya buat pemeriksa benjolan tapi tak jumpa benjolah disekitar payudara saya!

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Trauma kepada bahagian payudara
- Saluran yang sempit (ductal ectasia)
- Kanser payudara
- Ketumbuhan dalam saluran payudara (intraduct papilloma)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.