
Sulit
4 tahun
Keluar cecair dari puting sebelah kanan
saya berumur 18 tahun. sebelum ini payudara saya sering gatal dan kulitnya mengelupas. kadang juga payudara di sebelah kanan terasa sakit seperti dicucuk-cucuk. akan tetapi sekarang ianya tidak lagi gatal tetapi ianya mengeluarkan cecair jernih tetapi sedikit kenyal apabila dipicit tetapi payudara saya masih lagi terasa sakit kekadang. Adakah ini punca breast kanser?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang!
Secara amnya, gejala kelainan payudara yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan/inflamasi payudara (mastitis)
- Gangguan saluran / kelenjar payudara
- Alahan terhadap fabrik pakaian dalam
- Cara pemakaian baju dalam yang salah
- Pre-menstrual syndrome
- Tanda-tanda awal neoplasma
- Atau gangguan payudara yang lain
Selain itu, sakit di dada juga boleh berpunca dari:
- Gangguan otot atau saraf
- Kecederaan kulit atau otot dada (trauma)
- Keletihan atau ketegangan yang terlampau
Justeru anda disarankan untuk belajar teknik pemeriksaan sendiri payudara atau PSP bagi menilai sendiri benjolan benjolan tersebut sebelum ke klinik. Namun kami tetap menyarankan anda untuk berjumpa doktor dalam waktu yang terdekat. Kerana, untuk mengetahui punca masalah sebenar pemeriksaan lanjut perlu dilaksanakan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.