
Anonymous
5 tahun
Keluar cecair putih dari zakar
Saya PLHIV patient lebih 6 tahun under HAART. Saya mengalami gejala gonnorhea. Saya pernah mengalami penyakit ini dan mendapat rawatan di klinik kerajaan namun saya malu untuk mendapatkan rawatan semula atas kesilapan saya sendiri. Saya harap Dr dapat membantu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan anda, ubatan untuk sakit gonorrhoea tidak boleh dibeli daripada pharmacy dengan sendiri kerana ubatan tersebut memerlukan preskripsi doktor disebabkan jenis ubatan dan dosage yang diberikan adalah berbeza bergantung kepada keadaan pesakit.
Untuk makluman anda, CDC kini mengesyorkan “Dual therapy” (iaitu menggunakan dua ubat) untuk rawatan gonorrhea) Biasanya suntikan dan pil antibiotic akan diberikan, di mana jenis antibiotic yang diberikan akan berdasarkan keadaan pesakit tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.