
shjaja59
5 tahun
Keluar coklat ketika hamil 8weeks
Saya berumur 31 thn sdg hamil 8 minggu, tetapi harini saya perasan tompokan pd panties, belum pergi ke klinik lg. Saya tiada rasa sakit atau pening kepala. Adakah saya keguguran?

5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, tompokan coklat ketika hamil yang keluar dari faraj anda boleh disebabkan oleh:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Keguguran
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Kehamilan ektopik
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.