Sulit
3 tahun
Keluar darah awal kehamilan
Salam doktor…Saya ibu kepada 3 orang anak…umur 33 tahun…sekarang saya hamil lagi…usia kandungan baru 6 minggu…sejak saya bangun pagi semalam…saya terkejut sangat sebab saya ada perdarahan…pakai je pad tak ada juga…dan bangun lagi tadi pagi pun masih juga ada keluar darah…sakit bahagian bawah perut semacam segugut…apa yang perlu saya lakukan…adakah itu tanda2 tak baik…saya risau sangat…adakah saya patut pergi hospital…
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan termasuk:
- Pendarahan akibat implantasi hasil persenyawaan (normal namun biasanya berlaku pada minggu-minggu awal kehamilan)
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Kehamilan molar
Atau ia juga boleh disebabkan dari:
- Pendarahan selepas hubungan seksual (i.e. trauma, iritasi lapisan mukosa, kekurangan pelincir, dll)
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.
Saya sarankan anda pergi ke klinik berdekatan dan membuat scan untuk memastikan tiada masalah yang serius. Sementara itu, anda disarankan perbanyakkan berehat, kurangkan aktiviti harian melainkan yang mustahak, jangan lupa makan dan minum, sentiasa berfikiran positif namun perlu berpaksikan realiti dan sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.