
Sulit
4 tahun
Keluar darah banyak lepas bersetubuh dengan suami
Saya umur 32 ,berat 63 tinggi 152,anak saya berumur 12 tahun,nak tanya 2 soalan
- keluar darah kecoklatan
sedikit selama seminggu baru haid macam biasa selama seminggu?
2.baru baru ni saya sudah bersih dari haid selama satu hari,malam nya bersetubuh keluar darah banyak dan ada ketulan darah keluar? Mohon mencerahan dari doktor,Terima kasih doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi iaitu masalah haid dan keluar darah selepas berhubungan intim.
Untuk maluman anda, masalah haid yang anda hadapi berkemungkinan disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Di samping itu, gejala pendarahan selepas melakukan hubungan seksual boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Ektropion Serviks - luka pada serviks
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.