
Sulit
4 tahun
Keluar darah berwarna coklat gelap & hamil 9week
Hi dokter, nak tanya. Saya hamil 9 week dan pada 7/5/2021 ada keluar darah berwarna coklat kehitaman dan pada hari ni masih keluar lagi, tapi tak sebanyak darah haid biasa. Apakah itu? Adakah saya keguguran? Saya tak pergi ke hospital pun untuk checkup sebab apa berlaku pendarahan warna coklat kehitaman ini. Adakah bahaya jika saya tak pergi ke hospital? Dan berapa lama kalau darah spotting biasa akam keluar? Kalau keguguran pula, adakah bila cek upt nanti jadi negative/positive walaupun masih ada kantung atau baby dah x de? mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, walaupun pendarahan dari faraj tidak selalunya menandakan bahawa kehamilan tersebut mempunyai masalah, ia masih boleh menjadi tanda bahaya. Oleh itu, semua wanita hamil yang mempunyai pendarahan dari faraj patut mengunjungi doktor untuk diperiksa.
Antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan termasuk:
- Pendarahan implan: Kadangkala pendarahan ringan yang tidak berbahaya boleh berlaku kerana penanaman telur yang telah disenyawakan pada dinding rahim terjadi sekitar masa haid anda sepatutnya berlaku.
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Keguguran: Kebanyakan keguguran berlaku semasa 12 minggu pertama dan malangnya kebanyakannya tidak dapat dicegah. Tanda-tanda lain keguguran termasuk kesakitan perut bawah atau pelepasan tisu dari faraj.
- Kehamilan ektopik berlaku jika telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim seperti di tiub Fallopian. Apabila telur tersebut membesar, ia boleh memecahkan tiub Fallopian dan menyebabkan pendarahan yang mengancam nyawa.
- Kehamilan molar menyebabkan kehadiran tisu yang tidak normal di dalam rahim. Biasanya ia tidak berbahaya tetapi dalam kes yang luar biasa, tisu ini boleh wujud sebagai kanser.
- Pendarahan selepas hubungan seksual
- Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.
Untuk mengetahui punca masalah anda dan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah anda. Terima kasih.