Anonymous
6 tahun
Keluar darah berwarna coklat kegelapan walau sudah habis waktu kitaran haid
hai doktor ! saya seorang perempuan remaja yang berumur 16 tahun . saya ingin bertanya , mengapakah rahim saya mengeluarkan darah berwarna coklat kegelapan walau sudah habis waktu kitaran haid lebih kurang hampir 2 minggu ? selain itu , badan saya sering merasa sakit sakit walaupun tidak pernah melakukan kerja berat ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Selain darah haid, boleh jadi darah coklat yang dimaksudkan adalah merupakan light spotting yang pada tempoh subur. Terlebih dahulu, penting untuk anda tahu bahawa kitaran haid yang normal terjadi setiap 28-38 hari dan berlangsung selama sehingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























