
fiza.arip
5 tahun
Keluar darah berwarna coklat setiap hari
hi doktor.Saya berumur 29tahun. Sudah berkahwin julai 2019. Saya pernah mengalami pendarahan berwarna coklat pada disember 2019. Saya telah berjumpa doktor dan membuat scan tetapi tiada sebarang sakit seperti fibroid, cyst, keguguran ataupun hamil. Kemudian saya diberi ubat untuk hentikan darah dan selepas beberapa hari darah tidak keluar lagi. cuma period saya kurang teratur selepas itu. Kadang awal, kadang lewat beberapa hari. Sekarang kali kedua ianya berlaku. Setiap hari keluar darah coklat. Tiada rasa sakit ketika buang air kecil. Boleh doktor tolong jelaskan simptom ini? Terima kasih doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan keluaran darah coklat atau spotting. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Darah berwarna coklat lazimmnya berlaku apabila pendarahan dari rahim perlahan. Oleh itu, warna darah ini akan menjadi coklat. Ini boleh menjadi perkara biasa di awal dan penghujung haid anda.
Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor jika masalah ini berterusan. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.