Sulit
5 tahun
Keluar darah bila bersama dengan pasangan
asaya wanita berusia 26 tahun. Baru baru ini selepas bersama dengan pasangan saya dapati terdapat darah cair yg keluar dari vagina tetapi tidak sakit. Kalau di ikutkan saya akan period lagi 8 hari. Saya juga telah buat urine test tetapi se negatif. Adakah keadaan ini merbahaya? zohor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Faraj kering (“vaginal dryness”)
Kurang pelincir ketika seks
Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Cervical ectropion
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sukar untuk saya membuat kesimpulan sama ada masalah yang anda hadapi merbahaya atau tidak. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

































