
Anonymous
6 tahun
Keluar darah cair selepas bersama suami
saya wanita 23tahun , saya baru mendirikan rumah tangga 5bulan,
Saya nak tanya kenapa yer setiap pertama kali saya bersama suami mesti keluar darah cair selepas bersama, bile try kali kedua tak keluar dah . tapi saya tidak merasakn sakit atau rasa ape-ii…Darah tuh pulak kalau lap gune tisu baru akan nampak ade darah cair keluar… tapi sedikit je tak banyak . n ta berterusan pun…Saya cuma risau sebab period sy tak teratur semenjak sekolah lagi…n lepas tuh okeyh now bln 11 last year period sy tak teratur balik , n bln 3 & 4 ni baru okeyh balik period…Saya cuma nk tanya adakah itu normal or tak ? Tapi sy rasa sakit dkt perut bahagian bawah kadang2 n pingang sakit , kepale pun kadang2 pening.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja. - Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda. - Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang. - Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid. - Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang etrlalu aktif dan padat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.