cicipratiwi1896
3 tahun
Keluar darah cair seminggu selpas tu baru keluar dara haid sebnar nya seminghu
Dok saya mau tanya? Saya sudah 3 bulan datang bulan seminggu sebelum keluar datang bulan atau haid keluar darah cair merah pink kadang coklat macam thu dok. Berbau. Dia keluar selalu tanggal 13 keatas selama seminggu aja dok. Habis thu baru keluar darah haid tanggal 22. 23 . 24 sampai selesai haid. Sudah 3 bulan berturut saya mcam itu dok. Perut saya mangkin buncit dok. . Saya kenapa ya dok?
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah pendarahan cair/ coklat boleh disebabkan oleh:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.