Sulit
4 tahun
Keluar darah coklat selepas sminggu habis haid
Saya wanita 20an. Belum berkahwin. Seminggu lepas saya dah habis haid dan sudah mandi wajib. Tetapi semalam ada tompokan coklat pada seluar dalam. Hari ni tompokan tersebut makin banyak. Kalau ikut hari, hari ni hari ke 14 period saya. Semalam saya ada buat kerja berat. Adakah faktor juga? Jika tompokan ini masih ada selepas 15 hari. Adakah period?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan keterangan, anda telah membuat kerja berat. Ia boleh memberi kesan sampingan seperti mengeluarkan lebih darah apabila sedang haid. Walaubagaimanapun, untuk maklumat anda, spotting juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Pendarahan disebabkan oleh implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan



























