
Anonymous
4 tahun
Keluar darah dalam tempoh yang panjang
Hi doktor, sebelum ni saya period saya sentiasa cantik. Bila bersihkan diri lepas bersama suami, saya dapati ada ketulan pada sekeliling bibir rahim(saya masuk kan jari untuk bersihkan bahagian dalam sebab tak selesa bila lepas gunakan kondom). Biji ketulan tu makin besar. Keadaan ni berlaku selepas sy melahirkan anak. Sekarang anak sy berusia 1 tahun. Dan bulan ni, period saya sangat tak teratur. Bulan ni sahaja dah 2 kali period. 9 hari period then stop. Seminggu lepas tu datang lagi period selama 9 hari. Then 4 hari lepas tu darah keluar lagi tapi warna merah coklat gelap. Berterusan hingga hari ni. Kiranya hari ni dah masuk hari ke 4. Tapi darah kali ni x banyak macam 1st dan 2nd period.saya tak pasti yang kali ketiga ni darah period atau apa sebab sentiasa keluar. Boleh saya tau kenapa ye doktor. Saya risau sangat.
sy summarized kan soalan
- ketulan apa pada bibir rahim saya?
- kenapa keluar darah yang sangat lama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, terdapat pelbagai kemngkinan penyebab ketulan pada bahagian kemaluan. Namun pihak saya kurang pada bahagian manakah yang anda maksudkan tentang ketulan di bibir rahim tersebut.
Mengenai haid tidak teratur dan lama pula, antara punca yang mungkin berlaku adalah:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Masalah haid dan ketulan yang anda alami boleh jadi saling berkaitan. Namun begitu, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan tentang masalah anda boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih