
Sulit
5 tahun
Keluar darah dari vagina tapi dalam kuantiti yang sangat sikit
Saya wanita yang berumur 26tahun dan berstatus telah berkahwin. Baru-baru ni saya alami keluar darah dari vagina tapi dalam kuantiti yg sangat sikit, perkara tu saya alami 3hari berturut setiap buang air kecil pada waktu pagi sahaja… Apabila saya memakai pad darah tersebut lansung tidak ada … Adakah saya mengalami masalah kesihatan? Boleh bagi penjelasan terhadap masalah kesihatan saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai punca seperti:
- Jangkitan salur kencing
- Batu karang
- Kecederaan salur kencing dan sebagainya
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.