
fakhrul.sufian
5 tahun
Keluar darah di zakar ketika buang air besar
Saya lelaki berusia 29 tahun… semenjak kebelakangan ini, apabila saya bersama isteri, saya lihat air mani saya ada bercampur darah tapi tidal terlalu pekat & ini berlaku apabila kali pertama pancutan… apabila pancutan seterusnya, air mani saya kembali normal, tiada bercampur darah… apabila saya membuang air besar pun, akan ada keluar darah dari zakar saya apabila saya meneran dan ia berlaku sekali sahaja… dan yang lagi memeningkan saya, apabila keluar darah di zakar ketika saya buang air besar, air mani saya tidak ada bercampur darah jika saya bersama isteri pada hari yang sama… apakah puncanya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, darah yang keluar dari zakar boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- Radang pada pundi atau saluran kencing
- Radang pada bahagian prostate atau kantung zakar
- Jangkitan pada bahagian yang dinyatakan di atas
- Trauma atau kecederaan pada bahagian pundi, saluran kencing, prostate atau kantung zakar dan juga pada mana-mana bahagian di kawasan pelvik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.