
Sulit
4 tahun
Keluar darah haid tetapi hamil
Bln 2 sy lewat haid 3 ari…haid sy tiap bulan teratur…tp lepas tu sy ade keluar darah selama 3 ari…adakah itu darah haid atau darah lain? sebab selepas 3 ari sy buat upt naik 2 line walaupn samar2…adakah sy hamil atau tidak?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan termasuk:
- Pendarahan akibat implantasi hasil persenyawaan (normal)
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Kehamilan molar
Atau ia juga boleh disebabkan dari:
- Pendarahan selepas hubungan seksual (i.e. trauma, iritasi lapisan mukosa, kekurangan pelincir, dll)
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.
Saya sarankan anda pergi ke klinik berdekatan dan membuat scan untuk memastikan apakah kehamilan benar-benar berlaku dan tiada masalah yang serius. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.