
Sulit
3 tahun
Keluar darah haid yang sikit
Hi doc. Saya period lambat 14 hari dan period hari pertama dn ke2 keluar darah sikit sangat sampai badan saya rasa lemah dan pening kepala. Saya juga mengalami senggugut. Saya sudah berkahwin. Boleh saya tahu apa punca darah saya terlampau sikit?

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami bersimpati dengan masalah yang anda hadapi. Namun, kami memerlukan maklumat yang lebih terperinci daripada anda untuk kami memahami masalah sebenar yang anda hadapi.
Untuk makluman anda, masalah haid seperti yang anda nyatakan boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Gangguan stress
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim (Endometriosis)
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Penyakit keradangan di bahagian peha yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI (Sexual transmitted infection) atau jangkitan salur kencing (UTI). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah sakit ketika kencing
- Kanser ovari atau rahim
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Saya juga mencadangkan agar anda mendapatkan pemeriksaan yang lebih teliti dengan segera khususnya apabila terdapat gejala seperti:
- Mual & muntah
- Kelesuan yang berpanjangan
- Pening kepala
- Menggangu aktiviti sehari-hari
Pemeriksaan fizikal adalah diperlukan dalam mendapatkan rawatan yang tepat. Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.