
ezulelmi1992
5 tahun
Keluar darah ketika mengandung
Isteri saya berumur 25tahun dan sekarang mengandung anak ke2. Usia kandungan 4bulan lebih dan mengadu ada rasa sengal-sengal pada perut dan dalam minggu lepas isteri memberitahu di seluar dalamnya ada lendir bercampur tompokkan darah…dan kejadian ini tidak terjadi pada setiap hari cuma kadang-kadang sahaja. Adakah ini masalah serius atau sebaliknya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, perdarahan diawal usia kehamilan (<22 minggu) boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- keguguran
- ectopic pregnancy
- molar pregnancy
- plasenta letak rendah
Sebaiknya tuan segera melakukan kunjungan ke doktor sekiranya pendarahan terjadi, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi isteri anda.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.