Sulit
5 tahun
Keluar darah lepas bersama suami
Saya berusia 30 an. Selepas haid kering pada hari ke 5,saya telah bersama suami pada hari keenam yang mana saya yakin haid memang telah betul-betul habis pada hari tersebut. Tetapi selepas bersama suami, saya telah ke tandas untuk buang air kecil. Ada darah keluar bersama air kencing. Darah tersebut berwarna kecoklatan. Pada hari ketujuh juga darah keluar dalam air kencing pada waktu pagi. Persoalannya adakah darah tersebut darah haid? Kerana saya tidak berasa sebarang kesakitan atau ketidakselesaan bila darah tersebut keluar.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan selepas melakukan hubungan seksual boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Ektropion Serviks - luka pada serviks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































