
Sulit
4 tahun
Keluar darah Masa subur Dan selepas bersama
Hi doctor,saya wanita berumur 33 tahun. Last period pada 30/10/2020 - 3/11/2020 .Manakala pada bulan seterusnya 23/11/2020 - 27/11/2020 . Tetapi kenapa pada tarikh 5/11/2020 saya keluar darah sedikit pada Masa kitaran ovulosi …Dan terasa cramp di perut Dan kurang selesa di belakang pinggang.Kenapa terjadi begini ? Pada 9/11 Sama bersama suami Dan bergitu juga pada 4/11 …boleh doctor jelaskan sebab.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan. Walaubagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur. Punca utama ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Penyusuan
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Selain itu perdarahan pasca hubungan suami isteri juga adalah sesuatu yang tidak normal, dan boleh disebabkan oleh:
- Pelincir yang tidak mencukupi.
- Trauma atau koyakan pada struktur faraj
- Luka pada faraj dan kawasan sekitarnya
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- perdarahan pasca hungan suami isteri berterusan
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!