Sulit
6 tahun
Keluar darah pada vagina
Saya tertengok satu gambar yang mengghairahkan. Kemudian, saya tahu yang keluar dr vagina ada lah air mazi. Saya bersihkan dgn air. Kemudian, selang beberapa vagina saya keluar darah sikit. Adakah ia berbahaya?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan yang bukan darah haid boleh disebabkan:
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak atau keransangan
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim yang kebetulan pecah
- Tisu endometrium dari sisa haid sebelumnya
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































