
Sulit
5 tahun
Keluar darah sedikit beserta lendir selepas bersama suami
Saya wanita berumur 30tahun… Saya baru lepas haid 2hb 10 Dan 4hb 10 bersama dengan suami. Tetapi tiada keluar darah selepas bersama tetapi keluar mase tengahari beserta dengan lendir.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan dan lendir yang keluar dari faraj anda boleh disebabkan:
- Lebihan darah haid yang tidak habis
- Kesan melecet akibat kurang pelincir atau faraj kering
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.