Anonymous
6 tahun
Keluar darah sedikit selepas seminggu habis haid
Saya dah seminggu habis datang haid tapi selepas seminggu ada keluar darah tapi sikit saja…boleh saya tahu tak kenapa keluar darah sikit? Saya ada cari kt google tanda2 kenapa,tapi saya nak kepastian… Ada kah tu tanda2 saya mengandung?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kira-kira seminggu setelah hari pertama haid terakhir yaitu sekitar hari ke-14 adalah waktu subur seorang wanita. Sesetengah wanita mengalami spotting yaitu sedikit darah yang merupan tanda subur
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























