Sulit
5 tahun
Keluar darah sedikit tiap kali 14 hari selepas period
saya berumur 24 tahun, belum berkahwin. saya pernah mengalami depress, stress dan anxiety. sejak saya mengalaminya, system badan saya terganggu, period tak normal, sembelit, susah nak nafas dan jantung berdebar2. sekarang saya cuma ada anxiety. sejak itu, saya mengalami keluar darah pada alat sulit saya sedikit tiap kali 14 hari selepas period. kadang darah bercampur lendir keputihan. kadang berlarutan 2-4 hari. dah lebih setahun saya mengalaminya. ketika keluar darah, rahim terasa sakit seperti senggugut. ia menjadi kebiasaan saya keluar darah selepas 14 hari period tiap2 bulan. adakah ia normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda mengenai masalah yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, pendarahan ringan ini dikenali sebagai pendarahan spotting. Secara umum spotting boleh berlaku disebabkan oleh :
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Pendarahan implantasi kehamilan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang pendarahan spotting? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat dan ia boleh menjadi normal atau tidak normal. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya spotting didatangi dengan simptom lain seperti:
- Haid yang lebih panjang dan banyak
- Faraj gatal dan merah
- Haid tidak teratur atau lewat
- Mual
- Sakit semasa kencing atau melakukan hubungan seks
- Sakit bahagian ari-ari atau pelvis
- Lendiran yang abnormal atau berbau keluar dari faraj
- Berat badan bertambah
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih


























