
anisam80
6 tahun
Keluar darah selepas bersama pasangan bukan waktu haid
Saya berusia 39 tahun dan mengalami pendarahan selepas melakukan hubungan bersama suami. Saya mengamalkan pil perancang keluarga. Saya sudah berjumpa doktor dan dapati ada cyst di ovari. Adakah kes saya ni akan berlarutan dan bagaimana saya untuk merawat dan mencegak masalah saya ini agar tidak lg mengalami pendarahan semasa bersama dengan suami.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Terdapat beberapa punca yang boleh meyebabkan berlakunya hal ini. Antaranya ialah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yg sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.