
Sulit
4 tahun
Keluar darah selepas buat aktvt lasak
sy wanita berumur 21 tahun,sy nk tnye knpa darah sy keluar selepas melakukan aktvt berbasikal.mmg sy ad mslh period tak tratur disbbkn hormon,sbb sy dh jumpa doc,dia mngatakan hormon sy tak stabil.doc juga telah mmbuat usg kpd rahim sy,dia kata rahim sy okey.sy sllu kluar darah pda hari ke 15/14,padahal sy dh suci dah dari haid pada hari ke 7,tapi dia kluar balik. darah sya kluar yg jenis kejap ad,kejap takde.mcm arni kluar esok tkde,esok lagu bru ad…sy perasan darah sy kluar bila saya aktif bergerak.kitaran haid btul sy normal je hari ke 25/26/27,darah sy kering pun pada hari 6.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Kami memerlukan maklumat yang lebih lanjut untuk mengetahui masalah yang anda sedang alami. Keadaan yang anda alami ini dikenali sebagai spotting. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah spotting dan haid tidak teratur, seperti:
- Endometriosis atau adenomyosis
- Polip rahim
- Sindrom polisistik ovari (polycystic ovarian syndrome)
- Masalah kelenjar tiroid dan pituitari
- Penggunaan pil perancang
- Stres dan tekanan
- Ketidakseimbangan hormon
- Jadual atau aktiviti harian yang terlalu padat dan aktif
- Melakukan senaman yang berat
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu, ini hanya pandangan kami mengalami masalah sedemikian. Anda perlu membuat pemeriksaan lanjut bersama doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan dapat diberikan.
Buat masa ini, kami sarankan anda untuk merekod kitaran haid anda di dalam aplikasi telefon pintar atau diari supaya anda boleh melihat bentuk kitarannya dan dapat menjadi rujukan doktor semasa sesi rawatan susulan.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.