
amirah.pkns
5 tahun
Keluar darah selepas haid(ovulation)
Saya wanita berumur 26 tahun . says belum berkahwin . Waktu period saya 4/7 sehingga 10/7 . Tapi 14/7 kelua tompok hitam sehingga ke harini 18/7 . Tapi harini (18/7) selepas saya jogging keluar sedikit darah . Adakah normal ? Atau saya masih dalam tempoh period lagi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, tompokan hitam yang keluar dari faraj anda mungkin berpunca daripada:
- Darah haid ter-oksida - lebihan/gumpalan darah haid sebelumnya yang ter-oksida
- Polip/fibroid yang sudah tanggal
- Kesan pil perancang
- Implantasi kehamilan
- Keguguran
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.