Sulit
6 tahun
Keluar darah selepas haid
Hai sy zafirah …sy berusia 27 thn…sy menghadapi mslh keluar lendiran darah selepas haid…Bulan ni sy hadir period pd 10 sept dan habis pd 17 sep… Dua hari slps itu sy bersama dgn suami dan ada darah keluar selepas itu tetapi tidak terlalu byk…Selepas drp itu sy perhatikn setiap kali sy membuang air kecil ada lendiran darah …sehingga hari ini masih ada lendiran itu…perkara ni amat membimbangkn sy kerana petama kali sy hadapi perkara ini …Blh terangkn kpd sy adakah perkara normal berlaku disbb kn faktor hormone atau pn ada sebab lain .tq
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Seperti yang diterangkan, punca masalah ini memerlukan pengambilan sejarah kesihatan serta seksual yang sedikit panjang untuk mengenalpasti punca kepada masalah yang anda alami. Ianya agak mustahil untuk membuat diagnosis berdasarkan keterangan yang pendek sahaja dan tanpa pemeriksaan. Antara punca-punca kepada masalah yang anda hadapi adalah seperti:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























