
Anonymous
5 tahun
Keluar darah selepas makan postinor2
Hi,saya nk tanya. Saya ada makan postinor2 2 biji kurang dari 72 jam (selepas bersama 5jam baru saya amlbil ubat postinor2…dan selepas 23jam saya ambil lagi 1 biji) dan tidak ada kesan kepada saya…selepas 5 hari,badan saya terasa sakit dan saya terus amik ubat tahan sakit,ubat otot dan ubat sakit urat. Selepas ambil ubat tu saya bangun pagi di dapati keluar darah.
Kenapa ye doc??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman tambahan pihak anda, ubat postinor biasanya digunakan untuk mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan seksual. Pil pertama dimakan dalam 72 jam setelah bersama sementara pil kedua dimakan 12 jam setelah anda makan pil pertama. Efek samping yang sering muncul setelah menggunakan Postinor adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Sekiranya gejala terjadi lebih lama dan parah, sebaiknya puan mendapatkan konsultasi doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat seperti:
- Bilakah anda mengambil pil kedua? Apakah 23 jam setelah pil pertama ataupun 23 jam setelah bersama?
- Apakah ubat-ubatan yang telah puan ambil? Sebaik puan mencantumkan nama ubatan dengan lebih spesifik agar kita dapat menilai apakah terjadi interaksi antara ubat tersebut dengan Postinor
- Bagaimana rutin kitaran haid puan? Mungkinkah perdarahan yang muncul adalah darah haid?
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih