Anonymous
6 tahun
Keluar darah selepas suntikan depo ,dan tempoh ambil pil perancang sekiranya ingin berhenti ambik suntikan perancang
Saya 27tahun dan telah melahirkan anak pada 4.4 sebulan selepas melahirkan ank 4.5 saya telah mengambil suntikan depo dan hari ke 5 selepas suntikan saya keluar darah sehingga ke hari ini. Apakah kesan ini normal kepada saya selepas suntikan tersebut? Selain itu saya plan utk tukar ke pil perancang,dan untuk makluman 23/7 ada masa utk saya ambik suntikan ke2 ,jdi berapa tempoh masa saya ambik utk mkn pil perancang?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Kemungkinana besar gejala yang anda hadapi ialah disebabkan oleh suntikan perancang.Untuk makluman anda,suntikan perancang boleh membawa beberapa kesan sampingan dan ini haruslah diketahui sebelum mengambil suntikan perancang ini.
Kesan sampingan utama yang bakal dialami oleh wanita yang mengambil suntikan perancang ini ialah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Haid mungkin akan mengambil masa dalam setahun untuk kembali kepada kitaran yang biasa
- Berat badan bertambah
- Kemungkinan kebolehan menghasilkan ovum yang sihat akan mengambil masa lebih kurang setahun
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan emosi
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Berkenaan dengan pertukaran ke pil perancang dari suntikan perancang anda perlu berbincang dengan doktor anda mengenai kelebihan dan kesan sampingan kedua dua kaedah perancang/ boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.


































