
whitehouse048
5 tahun
Keluar darah selepas tempoh haid
Saya wanita single berumur 20’ datang haid sehingga 21 hari dan telah rujuk dengan doktor pakar sakit puan. Beliau telah memberikan 2 jenis ubat kepada saya iaitu Transamine cap 250mg & Ponstan 500mg, yg mana perlu saya makan ketika ini?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Melalui penerangan anda, saya ambil maklum bahawa anda mempunyai masalah kitaran haid berpanjangan dan anda sudah merujuk masalah ini dengan doktor pakar. Setelah itu anda telah diberi dua jenis ubat.
Di sini saya akan menerangkan secara am fungsi ubat tersebut.
- Transamine- Merupakan ubat tranexamic acid yang berfungsi sebagai antifibrinolytic dimana ia membantut tindakan fibrinolytic. Hasilnya, darah akan kekal beku lebih lama dan mengurangkan darah haid
- Postan- Merupakan mefenamic acid yang berfungsi sebagai ubat tahan sakit serta untuk mengurangkan darah haid juga.
Oleh kerana ubat ini telah diberi oleh doktor anda, anda disarankan untuk mengambil ubat ini mengikut arahan serta dos yang diarahkan.
Berikut hanyalah jawapan am bagi soalan anda. Untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.