
Anonymous
5 tahun
Keluar keputihan di alat sulit
Saya kini menghadapi masalah penurunan berat badan Yang Begitu ketara.sering sikit2 belakang.dan baru. 2 ke 3 Hari apabila hendak buang air kecil terasa pedih.dan Ada keputihan di alat sulit Yang keluar…Saya lelaki…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, pemeriksaan perlu dilakukan ke atas cairan untuk mengetahui jenis cecair tersebut dan kuman yang hadir dalam cairan berkenaan.
Antara punca yang menyebabkan cecair dari hujung zakar adalah seperti:
- penyakit transmisi seksual seperti sifilis , gonorea dan sebagainya
- infeksi kelenjar prostat
- infeksi saluran kencing
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.