
Sulit
3 tahun
Keluar keputihan pada zakar setiap pagi sejak 2 hari yg lps
Sejak 2 hari ini setiap pgi sy perasan akan keluar keputihan pada zakar dan ia tidak sakit. Dan hari ini sy terasa kulit di zakar saya gatal seperti kena tungau. Sejak 2 minggu ni sy aktif bersukan dan diet utk kurangkan berat badan sy. Adakah keputihan setiap pagi tu akibat sy altif bersukan? Mohon percerahan. Tk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mempunyai masalah gatal pada kemaluan serta keputihan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, keputihan dan kegatalan boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Smegma
- Jangkitan kulat
- Penyakit kelamin (STD)
- Jangkitan salur kencing
Berikut merupakan senarai umum tentang diagnosis simptom anda. Kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan serta diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Bagi pertanyaan lanjut sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.