Sulit
3 tahun
Keluar ketulan darah kecil bila kencing
Saya wanita awal 20 an dan masih belum berkahwin. Saya berbadan besar dan mengalami irregular period (>6 months). Bulan lepas saya datang period selama 7 hari. Tetapi bila masuk minggu kedua, saya dapati masih ada ketulan darah yang keluar ketika kencing. Ketulan kecil sahaja. Darah tu keluar selang 2-3 hari selepas hari ke 7 tu. Hari ke 15 masih ada keluar ketulan darah kecil tu. Adakah ini normal ? Saya perlu tunggu sampai berapa hari sekiranya masalah ini masih berlarutan untuk saya jumpa doktor ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, setiap bulan dinding rahim akan menebal bagi persediaan mengandung. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, dinding rahim akan gugur sebagai darah haid. Dalam situasi anda, dinding rahim menebal seperti biasa tetapi tidak gugur. Oleh itu, apabila anda datang haid, boleh berlaku masalah pendarahan selepas kitran haid anda tamat kerana rahim anda sedang membuang lebihan darah yang belum habis dibuang ketika kitaran haid normal anda.
Akan tetapi, saya tidak menolak kemungkinan lain bagi masalah spotting yang anda alami seperti:
Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.