
nurhasyikinsaad9
5 tahun
Keluar ketulan kecil
Saya wanita berumur 26 tahun sudah berkahwin selama setahun lebih, sy sudah lewat datang bulan selama 2 bulan, baru 3 hari saya dtg bulan, tapi hari kedua perut saya sakit dan darah keluar banyak dr biasa. Kemudian saya ada perasan ade satu ketulan kecik keluar bersama darah. Cuma saya tak pasti apakah ia. Ketulan itu seperti gumpalan darah bersama selaput putih, saiz kecil. Saya tak pasti apakah ia.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan seperti status kehamilan, riwayat demam, dan sebagainya. Kemungkinan yang dimaksudkan dengan ketulan tersebut adalah beberapa hal seperti:
- kehamilan anggur (sekiranya anda hamil)
- gumpalan darah
- keguguran
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.