Anonymous
3 tahun
Keluar lendir bercampur darah
Saya seorang wanita berumur 26 tahun yang sudah berkahwin tapi belum mempunyai anak. Baru2 ini selepas habis period saya ada bersama suami pada malam. Kemudian keesokkan harinya saya dapati ada keluar cairan berserta darah ketika kencing. Mungkin yg ini saya rasa biasa sebab fkir mungkin ada lagi darah period yang belum hbis keluar. Selang 3 hari sy dan suami bersama lagi dan keesokkan siangnya ketika waktu kencing saya lap menggunakan tisu dan ternampak lendiran putih bercampur darah. Apakah puncanya doktor? Sebelum ini saya pernah keguguran pada bulan November 2018. Adakah ini puncanya atau sy mempunyai penyakit.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk mengetahui punca masalah anda, maklumat lanjut harus kami perolehi dan pemeriksaan haruslah dilakukan. Pendarahan selepas bersetubuh dipanggil post-coital bleeding dan boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Tidak cukup pelincir ketika melakukan hubungan
- Jangkitan kuman pada bahagian kelamin atau telah merebak ke bahagian pelvis
- Luka yang tidak pulih selepas bersalin
- Ketumbuhan polip pada bahagian dalam vagina, cerviks atau rahim
- Radang pada cerviks
Masalah yang anda hadapi ini memerlukan perhatian lanjut kerana pendarahan selepas hubungan seksual bukanlah perkara normal. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian . Terima kasih.

































