
Sulit
3 tahun
Keluar lendir bercampuran darah
kandungan saya sudah masuk 40minggu 1hari untuk hari ini, dah saya sudah turun tanda tapi tidak mempunyai rasa sakit, disebab lendir berdarah itu keluar, saya pergi hospital terus untuk di periksa, bila doc check laluan belum buka, dan saya diminta pulang, tetapi lendir berdarah tu masih keluar sehingga tengah malam, dan sakit masih belum dirasai adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kerisauan Puan dengan situasi pendarahan yang berlaku semasa kehamilan anda.
Terdapat banyak sebab yang menyebabkan pendarahan berlaku ketika hamil. Ia boleh dikategorikan mengikut trimester. Pada peringkat 40 minggu kehamilan, antara sebab pendarahan berlaku adalah :
- Ancaman Keguguran : antara simptom ancaman keguguran termasuklah pendarahan yang sedikit berserta sakit di bahagian rahim ataupun tiada sakit. Doktor akan melakukan ultrasound dan pemeriksaan faraj untuk memastikan sekiranya keguguran berlaku.
- Perubahan pada serviks : perubahan hormon yang berlaku pada seseorang ketika mengandung boleh menyebabkan perubahan pada permukaan serviks. Serviks menjadi leboh lembut dan lebih mudah untuk berdarah.
- Jangkitan kuman : pendarahan juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada faraj wanita. Biasanya ia akan diiringi cecair lendir yang tidak normal.
- Placenta previa : merupakan satu kondisi dimana uri berada di bawah berdekatan dengan serviks. Simptom pendarahan tanpa sakit biasanya mula berlaku seawal minggu ke-20 kandungan.
Bagi mengelakkan pendarahan terus berlaku, Puan dinasihatkan untuk :
- Mengurangkan aktiviti lasak
- Banyakkan berehat
- Hadkan pergerakan
Saya menasihatkan Puan agar segera ke Hospital berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut tentang kondisi kandungan Puan.
Puan juga boleh berhubung dengan kami di link ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan nasihat dan konsultasi secara peribadi dengan pakar. Terima Kasih.