
Sulit
4 tahun
Keluar lendir campur darah selepas bersama suami tapi tak banyak cuma samar2 saja
Saya wanita berumur 32 tahun…adakah normal bila selepas bersama suami akan keluar lendir bersama darah coklat2.tapi tak banyak hanya samar saja.masaalah saya tidak la kerap pendarahan tu berlaku…kadang2 bila bersama ada kuar.kadang2 bila bersama suami tak ada kuar darah…ape sebab berlaku nya macam tu.adakah faraj saya kering

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keluar darah ketika berhubungan seksual dengan suami. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh dua perkara, iaitu kedatangan haid, ataupun pendarahan Postcoital Bleeding , iaitu berdarah khususnya selepas melakukan hubungan seks. Postcoital bleeding ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Kecederaan pada vagina atau serviks
- Vagina kering atau tidak cukup pelincir ketika melakukan seks.
- Jangkitan kuman atau virus
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Kanser serviks
- Keradangan pada vagina atau serviks (akan disertai dengan sakit bawah perut dan keputihan aneh).
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.