
Sulit
3 tahun
Keluar lendir darah selepas bersama tetapi tak banyak..adakah normal?
Sy wanita 30an…sejak2 nie selepas bersama suami, akan ada lendir dan sedikit darah keluar dari faraj…adakah normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham gejala faraj berdarah selepas bersama dengan pasangan yang dialami oleh anda. Perkara ini sudah tentu boleh mengganggu hubungan seksual anda dan suami. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda. Faraj berdarah boleh disebabkan oleh masalah kesihatan biasa ataupun yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor.
Antara punca lazim faraj berdarah selepas berhubungan adalah:
- Kecederaan pada dinding faraj
- Vaginitis atau cervicitis
- Polip serviks
Punca yang lebih serius adalah
- Kanser serviks
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.