Sulit
2 tahun
Keluar lendir + darah selepas vaksin
Hi, saya wanita berumur 25 tahun. Saya sudah lengkap vaksin untuk covid 19 dimana dos kedua saya pada 7/8/2021. Persoalan saya ialah, adakah ianya normal sekiranya selepas vaksin, keluar seakan lendir yg berdarah seperti tanda awal untuk period. Sebab saya alami kejadian ini untuk kedua-dua dos vaksin.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda mengalami tersebut adalah kesan sampingan biasa untuk vaksin Covid. Kesan sampingan umum vaksin Covid termasuk:
- Sakit, bengkak di tempat suntikan
- Demam
- Menggigil (rasa sejuk)
- Sakit otot atau sendi
- Sakit kepala
- Kelesuan
- Batuk dan sakit tekak
- Loya dan muntah
Gejala-gejala ini akan menyembuh secara sendiri dalam jangka masa sekurangnya 1 minggu dan tidak menyebabkan sebarang komplikasi. Sejikanya diperlukan, anda boleh ambil ubat yang ditetapkan oleh doktor anda.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk atau tidak sembuh, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini