
nasrulamiera98
5 tahun
Keluar lendir/kputihan coklat
Dri strt puasa smpai sekrg saya ada lendir ataupun kputihan tpi berwrna coklat pekat .knp ya ? Jika berjalan dia akan kluar bnyk tpi bila bring atau dduk dia tkde sngt. Sebelum ni tidak pernah berlaku .ini adalah kali pertama. Saya berumur 21 tahun.

5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Bagi sesetengah wanita, keputihan adalah perkara yang sangat biasa. Namun, untuk sesetengah wanita yang lain, ramai yang tidak mempunyai kesedaran tentang risiko dan komplikasi masalah keputihan yang berpenyakit.
Masalah keputihan juga kadang-kadang menjadi punca kitaran haid yang tidak teratur. Antara faktor-faktor penyakit keputihan ialah faktor kebersihan. Ini adalah disebabkan kelembapan pada bahagian faraj yang menggalakkan pertumbuhan jangkitan bakteria, kulat atau parasit. Oleh itu, para wanita digalakkan untuk mencuci bahagian faraj selepas membuang air kecil dan hubungan intim dan pastikan kawasan tersebut kering selepas mencuci.
Ketidakseimbangan hormon juga boleh menyumbang kepada masalah kitaran haid yang tidak teratur dan masalah keputihan. Antara sebabnya adalah penghasilan hormon oestrogen yang meningkatkan hasil lendiran sekaligus memudahkan pembiakan kulat pada dinding faraj. Selain itu, penggunaan ubat antibitoik dan steroid untuk tempoh masa yang lama akan menyebabkan bakteria baik pada dinding faraj mati dan ini mengundang pertumbuhan organisma patogen.
Saya sarankan anda bertemu dengan doktor untuk merawat jangkitan keputihan serta masalah haid tidak teratur. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.