
Anonymous
5 tahun
Keluar lendir kuning di zakar
sy lelaki berumur 24tahun .telah melakukan hubungan seks bersama seorang kenalan .selepas itu zakar sy mengeluarkan cecair bewarna kekuningan .apakah menghidap penyakit ? gonorrhea?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang tuan berikan cecair kuning boleh merangkumi pelbagai sebab. Jika anda mengalami gejala seperti kulit kuning, demam, air mani busuk atau sakit semasa melepaskan air mani , mereka hendaklah berjumpa doktor segera. Berikut antara punca cecair kuning dari zakar:
- Air kencing bercampur air mani
- Penyakit kelamin seperti chlamydia, gonorrhea dan herpes
- Perubahan diet
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.