
Sulit
3 tahun
Keluar lendir warna coklat
Hi Doctor. Sy melakukan hubungan seks pada selepas period 7th hingga 14th dan pada 15th hari ovulation sy tidak melakukan hubungan seks sehingga 18th. Selepas itu sy keluar lendir berwarna coklat . Adakah sy mempunyai masalah keputihan atau sebaliknya Thank you Doctor

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami gejala lendir coklat dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala lendir coklat boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Keputihan biasa yang teroksida
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Namun, ia juga boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti:
- Penyakit jangkitan kelamin
- Ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.