
Sulit
5 tahun
Keluar Mani Tanpa Sebab Dan Rasa
Saya lelaki berumur 29 tahun.Saya mengalami masalah keluarnya mani tanpa sebab…Ia berlaku sangat kerap dan tanpa sengaja dan rasa.Untuk pengetahuan,laporan perubatan saya adalah sihat dan tidak mengalami masalah kesihatan yang lain.Harap dapat pencerahan daripada doktor.Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah keluar cecair atau air mani dari zakar anda boleh disebabkan:
- Radang saluran air kencing - akibat baatu karang atau jangkitan kuman
- Radang prostat atau saluran sperma - akibat auto-imun atau jangkitan kuman
- Nanah dari saluran air kencing - akibat kecederaan atau alahan pada bahan pencuci
- Ketidak stabilan hormon
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.