
Anonymous
5 tahun
Keluar nanah pada saluran kencing
Sya umur 20 an baru kelmarin saya perasan keluar nanah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapiUntuk makluman pihak anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini, antaranya:
Jangkitan kelamin seperti gonorea (simptom lain: nanah)
Jangkitan saluran kencing (rasa pedih ketika kencing)
Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
Luka pada zakar yang dijangkiti kuman
Tidak menjaga kebersihan selepas kencing
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih